Selebriti

Heliza Helmi kahwin jutawan muda, Datuk Seri Mahadi

- Diterbit 1 Januari 2022 8:14 AM MYT

PENYANYI, pelakon dan aktivis Heliza Helmi,36, selamat mendirikan rumah tangga dengan usahawan bertaraf jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Dengan sekali lafaz, Heliza sah menjadi isteri kepada Mahadi dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, jam 11.11 pagi ini.

Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.

Mahadi menerusi Instagramnya @mahadibz, meluahkan rasa syukur apabila sah menjadi suami isteri dan memohon doa agar rumah tangga mereka kekal bahagia.

“Depa (mereka) cakap life start at 40, kami (saya) start at 38 InsyaAllah…

“Doakan supaya kami dan bidadari dunia akhirat kami, Nur Heliza Helmi dapat melayari bahtera hidup bersama yang penuh dengan sakinah, mawaddah warahmah sehingga ke Jannatul Firdaus..

“Baraka Allahu lakuma Wa baraka ‘Alaykuma, Wa jama’a baynakuma fi khayr.. Amin,” tulisnya.

Usai nikah, pasangan pengantin diraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat di Lanai Asmara, Putrajaya.
Malam esok, Heliza dan suaminya akan diraikan di sebuah hotel terkemuka. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas