Berita

Ayu Atiqah sebar manfaat takaful

AYU Atiqah
AYU Atiqah
- Diterbit 2 Ogos 2019 2:09 AM MYT

Oleh AZLAN ZAMBRY
[email protected]

BIDANG insuran dan takaful merupakan sesuatu yang asing kepada dirinya sebelum ini.

Penglibatan secara tidak langsung, setelah diperkenalkan oleh rakan kepada suaminya yang juga merupakan Pengarah agensi insu­rans tersebut telah merubah sudut pandangnya terhadap bidang insuran ini.

Bagi Ayu Atiqah Mohd Noor Ramdzom,28, pada awalnya bidang insuran ini tidaklah begitu asing kepadanya ke­rana bekerja sebagai jururawat dan belajar dalam bidang kejururawatan ini lebih kepada penjagaan kesihatan semata-mata.

“Namun setelah diberi maklumat yang betul mengenai bidang ini, maka dari situ timbul minat untuk mendalami bidang ini secara serius.

“Disamping dapat menyebar luas manfaat insurans kepada orang ramai yang masih belum mempunyai maklumat dan ilmu pengetahuan yang be­tul berkenaan bidang ini, ianya boleh boleh menambah pendapatan dan seterusnya mencipta pe­luang yang lebih besar melalui bidang ini,” katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Menurut Ayu Atiqah lagi, masih ramai yang salah anggap mengatakan insuran hanya untuk orang yang ‘meninggal’ sedangkan pelbagai produk yang ditawarkan dapat memberi pulangan yang setimpal kepada pencarum.

“Pulangan ini juga boleh dimanfaat pelbagai perkara seperti pendidikan dan keperluan lain,” katanya.

“Selain daripada manfaat perubatan dan pendidikan, manfaat lain yang boleh didapati menjadi pencarum insurans adalah tabungan secara bulanan, malahan tahunan sekira­nya mereka mengambil peluang mencarum di dalam insurans dan takaful,” katanya.

Jelasnya lagi, kefahaman di dalam masyarakat melayu semakin meningkat kebelakangan ini kerana pelbagai faktor.

“Antara faktor yang memberi pe­ningkatan adalah penularan wabak penyakit berjangkit yang mudah menyerang dan faktor kesihatan serta keselamatan.

“Faktor di atas ini telah membuka lebih banyak peluang kepada ejen seperti saya untuk sentiasa memberikan penerangan kepada orang ramai mengenai keperluan mencarum di dalam takaful,” kata­nya lagi.

Ayu Atiqah yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang berkata, dia akan sentiasa optimis memberikan pe­nerangan kerana keperluan takaful sangat besar di negara ini.

“Walaupun saya masih bertatih di dalam bidang ini, atas dasar tanggungjawab untuk membantu orang ramai supaya mengambil kesedaran serius perihal takaful ini.

“Takaful juga mempunyai pelbagai lagi produk yang memberi manfaat pada masyarakat, sebagai contoh plan simpanan hybrid yg memberi manfaat 3 dalam 1,” katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas