Berita

Ar Rahnu tawar hadiah lumayan untuk kempen cabutan kesetiaan

- Diterbit 2 Februari 2021 3:41 AM MYT

KEMPEN Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) kali ini menawarkan hadiah yang lebih lumayan sebagai penghargaan kepada pelanggan setia mereka bermula 1 Jan hingga 31 Dis tahun ini.

YaPEIM dalam kenyataan hari ini berkata hadiah utama ialah set barang kemas bernilai RM50,000 untuk seorang pemenang, hadiah tempat kedua ialah set barang kemas bernilai RM10,000 bagi setiap 11 pemenang dan satu gram bar emas kepada setiap 768 pemenang sebagai hadiah suku tahunan.

“Kempen yang sama pada 2020 dilaksanakan dan mendapat sambutan menggalakkan dengan catatan RM1.1 bilion nilai transaksi dan 273,217 jumlah transaksi dalam tempoh enam bulan,” menurut kenyataan itu.

Tarikh cabutan untuk hadiah utama dan 11 tempat kedua ialah pada 1 hingga 7 Jan 2022 dan tarikh penyerahan hadiah pada Feb 2022.

Semua pelanggan layak menyertai kempen ini dengan membuat Transaksi Gadaian Nilai Marhun sebanyak RM1,000 atau lebih.  Maklumat lanjut mengenai kempen boleh melayari  www.arrahnuyapeim.net– BERNAMA 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas