Berita

“Apa Muizz Nak Cakap, Tak Apalah.. Tolong Doakan Yang Baik-Baik” – NADIA BRIAN

- Diterbit 7 Oktober 2020 4:26 AM MYT

SIAPA pun yang berkahwin, pasti mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.

Begitulah harapan pelakon Nadia Brian apabila terpalit dengan desas-desus kisah rumah tangga yang sedang bergolak. 

Suami Nadia, Muizz Nasruddin juga pernah meluahkan rasa kecewa apabila mendapati Nadia didakwa curang dengan lelaki lain.

Bagi Nadia, buat masa ini, dia memohon agar semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya dan suami.

“Saya harap dan tolong doakan yang baik-baik buat kami. 

“Saya memang  seorang yang tidak suka berkongsi hal-hal peribadi dalam media sosial. 

“Apa yg Muizz nak cakap,  tak apa lah. Saya dengan Muizz berkahwin belum sampai setahun dan proses kami kenal pun tak lama seperti mana pasangan lain. 

“Apa yang saya harapkan, tolong doakan yang baik-baik buat kami,” katanya kepada Wilayahku.

Bagi Nadia, dalam keadaan sekarang, masyarakat harus fokus kepada kes pandemik COVID-19 yang melibatkan ramai orang. 

Nadia Dan Muizz berkahwin pada November tahun lalu.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat rumah tangga Nadia dan Muizz. Semoga segalanya dipermudahkan. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas