Lensa

Alunan selawat pembuka tirai 2024

- Diterbit 5 Januari 2024 4:20 PM MYT

Oleh HASIF HALIMI

SAMBUTAN Kuala Lumpur Berselawat yang julung kali diadakan di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 31 Disember lalu berjaya menghimpunkan ribuan pengunjung.

Program yang bertujuan menyambut kedatangan ambang tahun baharu itu disusun indah dengan acara kerohanian seperti tausiah dan qasidah khas daripada Pencetus Ummah, Raihan dan acara maulid oleh kumpulan pemuzik terkenal, Haqqani Mawlid Essemble.

Dalam masa yang sama, acara turut diserikan oleh persembahan lagu ketuhanan daripada penghibur legenda Datuk Ramli Sarip selain penyanyi Bienda dan Syafiq Farhain.

Persembahan diringi Orkestra DBKL yang dianggotai 21 pemuzik mengalunkan lagu Raikan Cinta, Gerhana Cinta Luka, Suci Dalam Debu, Satu Kesan Abadi, Renungkanlah, Nyanyian Serambi dan juga Kau Yang Satu.

Rata–rata pengunjung meluahkan rasa gembira dan bersyukur dengan program berbentuk islamik yang penuh keberkatan dalam menutup tirai tahun 2023. – WILAYAHKU

Kredit foto: AIRUZ MUSTAFFA / UNIT FOTO DBKL

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas