Berita

Alumni Rakan Muda, DBKL kolaborasi perkasa aktiviti sukan

FALAQ (kanan) menyerahkan baju Alumni Rakan Muda Malaysia kepada Mahadi sebagai simbolik kolaborasi bersama DBKL.
- Diterbit 16 Mac 2021 7:41 AM MYT

MAJLIS Alumni Rakan Muda Malaysia komited berkolaborasi Bersama Dewan Badaraya Kuala lumpur (DBKL) dalam memperkasa aktiviti kesukanan dan pembangunan ekonomi serta sahsiah.

Menerusi perjumpaan bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah di Menara DBKL baru-baru ini, agenda utama yang dibincangkan adalah berhubung fasiliti sukan di kawasan perumahan rakyat yang memerlukan penyelenggaraan dan penambahbaikan.

Prsiden Majlis Alumni Rakan Malaysia, Falaq Faizal Lakimon berkata, pelbagai aktiviti dan perkara telah dipersetujui melalui perbincangan yang diadakan itu dan ia akan dilaksanakan bersama DBKL.

“Antara aktiviti yang akan dilaksanakan bersama adalah program Senam Aktif Rakan Muda X DBKL yang akan diadakan di Kawasan perumahan awam milik DBKL serta taman-taman rekseasi DBKL.

“Walaupun negara berada dalam fasa pemulihan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), aktiviti senaman berkala akan mengikut garis panduan yang ditetapkan iaitu seramai 250 orang mengikut keluasan tempat, selain mematuhi penjarakkan fizikal,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Rakan Muda Sports Bubble Volunter juga akan memainkan peranan sebagai pengawas acara di lapangan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Tambahnya, aktiviti terancang yang disusun kolaborasi bersama antara DBKL dan Rakan Muda di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) DBKL.

Terdahulu, hadir sama pada perjumpaan itu, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda KBS dan Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – NAZWIN – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas