Selebriti

“Allah Bagi Jumpa Sekejap Walaupun Dalam Mimpi,” – NORA

Johan Nawawi|ANAK kedua Nora
- Diterbit 30 Jun 2020 5:07 AM MYT

RINDU yang paling sakit adalah rindu kepada insan tersayang yang telah pergi buat selamanya. Kata orang, rindu yang tiada kesudahannya.

Begitulah yang dirasai oleh penyanyi Nora Ariffin yang berpeluang bertemu dengan arwah suaminya, walaupun hanya dalam mimpi.

GAMBAR kenangan bersama arwah suami, komposer terkenal Johan Nawawi

“29 Jun 2020. Happy birthday to you Pa.

“Alhamdulilah dengan izin Allah, semalam Allah bagi jumpa sekejap walaupun dalam mimpi.

Abang datang dalam mimpi, terasa sangat real. Allah saja yang tahu.

“Moga abang tenang tenang di sana.

“Jom… Sama-sama bacakan, sedekah Al-Fatihah buat suami tercinta arwah Johan Nawawi,” kongsi Nora tentang mimpi arwah suaminya di akaun instagram miliknya. 

Ramai yang meninggalkan komen menghadiahkan Al Fatihah buat arwah suaminya yang menghembuskan nafas terakhir pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung. 

ANAK kedua Nora, Allahyarham Alif meninggal dunia secara mengejut pada usia 20 tahun.

Nora juga kehilangan anak keduanya Muhammad Syakir Alif Johan yang meninggal dunia secara mengejut pada 14 Disember tahun lalu. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas