NABILA RAZALI Mahu Remaja Amal Hidup Sihat

NABILA RAZALI Mahu Remaja Amal Hidup Sihat

PENYANYI Nabila Razali menyedari tanggungjawabnya sebagai artis bukan sekadar berlakon dan menyanyi, malah lebih daripada itu.

Sejak akhir-akhir ini, Nabila atau lebih mesra disapa Bella aktif dalam sukan berbasikal. 

Selain untuk kesihatan diri, Bella mahu mengajak remaja-remaja di luar sana agar sentiasa mengamalkan cara hidup sihat.

HOBI berbasikal menjadikan Nabila lebih bersemangat dalam kehidupan seharian

Berkaitan hobinya berbasikal, Bella mulakan aktiviti ini sebagai hobi dan gaya hidup yang baharu yang lebih berfaedah. 

“Alhamdulillah, sejak berbasikal Bella rasa badan sudah tak mudah lesu, pernafasan juga baik. Bila masuk set penggambaran sentiasa segar. 

“Bella nak pupuk minat berbasikal kepada golongan muda supaya jalani kehidupan lebih sihat dengan aktiviti ini.

“Aktiviti berbasikal bukan sahaja bagus untuk kesihatan jantung, malah ia boleh membuatkan kita hilang stres sekaligus berfikiran positif,” luah Bella yang mula berbasikal sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Di laman sosial Instagram, Nabila turut kerap berkongsi foto-foto aktiviti berbasikalnya untuk dijadikan inspirasi.

Bella juga tidak kisah berhabis untuk hobi baharunya itu. 

“Saya berbelanja hampir ribuan ringgit juga untuk aktiviti berbasikal ini. Tak salah kita laburkan sedikit wang untuk sesuatu yang mendatangkan kebaikan,” ujarnya yang popular dengan lagu Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS