Berita

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat meraikan Chap Goh Meh

- Diterbit 26 Februari 2021 8:36 AM MYT

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat meraikan Chap Goh Meh kepada mereka yang menyambut pesta tanglung itu.

Seri Paduka berdua turut mendoakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kedamaian kepada semua.

Ucapan itu dikongsikan menerusi sebuah poster berwarna-warni dalam laman Facebook rasmi Istana Negara hari ini.

Chap Goh Meh yang juga dikenali sebagai ‘Yuan Xiao Jie’ adalah istilah Hokkien untuk malam ke-15 sambutan Tahun Baru Cina, satu festival penting yang menandakan berakhirnya perayaan itu. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas