Berita

Tentera Darat bakal terima enam helikopter MD-530G – Panglima

- Diterbit 26 Februari 2021 8:39 AM MYT

TENTERA Darat Malaysia (TDM) bakal menerima enam buah helikopter jenis MD-530G bernilai RM321.9 juta pada bulan Ogos tahun ini, kata Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Beliau berkata helikopter buatan McDonnell Douglas berkenaan masih berada di Arizona, Amerika Syarikat manakala segala perjanjian dan persijilan termasuk perjanjian persefahaman (MOU) telah diluluskan.

“Helikopter MD-530G ini telah melalui proses ujian kelayakan udara, dan pihak saya telah pergi ke sana (Arizona) melihat ujian itu telah diluluskan. Selepas kesemua ujian terhadap helikopter berjalan dengan selamat, enam buah itu akan tiba di Malaysia pada bulan Ogos tahun ini.

“Kini fasa seterusnya, pihak saya akan ke Arizona sekali lagi untuk membuat pemeriksaan prapenghantaran (PDI) dan seterusnya kami akan melakukan latihan,” katanya dalam wawancara eksklusif sempena Hari Tentera Darat ke-88 di Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.

Zamrose berkata aset itu akan memberi impak kepada operasi tentera darat. – BERNAMA 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas