Berita

Lawatan Muhyiddin lonjak hubungan

- Diterbit 8 Mac 2021 10:48 PM MYT

MENGENAI memorandum persefahaman (MoU) yang akan dimeterai oleh kedua-kedua negara esok, Putera Faisal berkata ia termasuk Perkhidmatan Jalan Raya Makkah yang akan memudahkan jemaah haji dari Malaysia melawat negara itu dengan menyelesaikan proses imigresen Arab Saudi di Malaysia.

Menteri Luar itu turut menyentuh peranan yang boleh dimainkan oleh kedua-dua negara itu dalam membantu umat Islam dan memerangi Islamofobia.

“Dalam dunia hari ini, kami sangat tercabar dalam semua bentuk diskriminasi, kebencian dan salah faham dan salah satu sasaran itu adalah umat Islam,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua negara ini boleh membantu masyarakat global untuk memahami bahawa Islam adalah kuasa untuk kebaikan dan keamanan.

“Dalam hal ini, Malaysia telah menjadi pemimpin kerana menonjolkan sikap toleransi dan kesederhanaan dalam mengamalkan ajaran Islam. Ini sama dengan Arab Saudi.

“Kami boleh membantu mengukuhkan mesej bahawa umat Islam bersatu demi keamanan dan kemajuan. Kami bersedia bekerjasama dengan semua orang dari pelbagai agama dan kepercayaan,” katanya. – BERNAMA

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas