Berita

71,280 kilogram gula tiba di Labuan

Penguatkuasa KPDN Labuan melaksanakan pemeriksaan bekalan gula di salah sebuah premis pemborong di Labuan untuk diagihkan kepada pemegang lesen runcit CSA.
- Diterbit 5 Januari 2024 8:35 PM MYT

SEBANYAK 71,280 kilogram gula bekalan gula tiba bagi menampung keperluan rakyat di Labuan.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan, Amiluddin Malang, pihaknya telah melaksanakan pemeriksaan terhadap tiga pemborong yang menerima bekalan itu pada 4 Januari (Khamis).

“Pemeriksaan dilakukan bagi memastikan bekalan gula tersebut diedarkan kepada para peniaga yang mempunyai lesen runcit CSA sekitar Labuan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menegaskan dan amaran kepada pemborong agar tidak menjual gula yang dikawal kepada individu atau mana-mana pemain industri seperti restoran secara terus.

Jelas beliau, pemborong juga telah diingatkan agar memastikan hanya peniaga yang mempunyai lesen CSA yang sah dan masih aktif sahaja diberi bekalan dan tidak melebihi had maksimum kuantiti simpanan dibenarkan dalam lesen.

“Selain itu peniaga juga dinasihatkan agar memastikan buku stok sentiasa dikemaskini, mengikut butiran yang dikehendaki dalam Peraturan 13 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” jelasnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas