Berita

500,257 individu terima pekerjaan menerusi 27 inisiatif kerajaan

ISMAIL Sabri (tengah) bergambar bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (kiri) bersama Ketua Setiausaha KWP, Datuk Seri Rosida Jaafar ketika melawat booth Kementerian Wilayah Persekutuan di Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia. ISMAIL Sabri (tengah) bergambar bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (kiri) bersama Ketua Setiausaha KWP, Datuk Seri Rosida Jaafar ketika melawat booth Kementerian Wilayah Persekutuan di Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
- Diterbit 14 Disember 2021 12:00 PM MYT

SERAMAI 500,257 pencari kerja berjaya mendapat peluang pekerjaan melalui 27 inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Majlis Pekerjaan Negara (NEC) setakat 3 Disember lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah tersebut berjaya melangkaui sasaran 500,000 peluang pekerjaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Belanjawan 2021.

“Antara inisiatif utama yang menyumbang kepada pencapaian kejayaan tersebut adalah Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) dan Malaysia Short Term Employment Programme (MySTEP).

“Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya 2.0) yang dikendalikan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah berjaya menempatkan seramai 221,966 pekerja melangkaui sasaran keseluruhan 200,000 ribu peluang pekerjaan bagi tahun 2021 dengan menyediakan insentif penggajian sehingga 60 peratus daripada gaji bulanan kepada majikan serta program latihan kemahiran tinggi atau sijil profesional kepada pekerja sehingga RM7,000,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, MySTEP dengan nilai Rm700 juta telah berjaya menempatkan seramai 61,328 pekerja secara kontrak selama sekurang-kurangnya enam bulan di pelbagai Kementerian dan Agensi Kerajaan serta Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

“Dari jumlah itu, seramai 41,680 pemohon telah berjaya ditempatkan di sektor awam manakala bakinya iaitu 19,648 orang pula ditempatkan di GLC dan rakan-rakan strategik mereka.

“Di bawah program tersebut, pemohon telah ditempatkan di pelbagai Kementerian dan Agensi seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Pengajian Tinggi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, PETRONAS, Permodalan Nasional Berhad, KWSP dan Khazanah Nasional,” ujar beliau.

Beliau berkata, sejak kedua-dua inisiatif ini mula dilaksanakan pada bulan Januari lalu, jumlah pekerjaan yang disediakan sentiasa mengatasi sasaran bulan yang ditetapkan.

“Selain dari PenjanaKerjaya 2.0 dan MySTEP, Kerajaan juga berjaya mewujudkan lebih 123,312 pekerjaan baharu melalui pelaburan dalam negara dan 74.2 peratus daripadanya dalam kategori mahir dan separuh mahir. Jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada pekerjaan baharu yang terhasil daripada komitmen pelaburan bagi tahun 2021,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan seperti mana yang dibentangkan melalui Belanjawan 2022, inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia akan menyediakan 600,000 peluang pekerjaan dengan peruntukan berjumlah RM4.8 billion melalui beberapa program .

“Kerajaan melalui PERKESO akan meneruskan usaha pengambilan pekerja dengan peruntukan sejumlah RM2 billion. Justeru itu, kerajaan akan memberi insentif sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 30 peratus pula untuk enam bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,500 ke atas,” katanya.

Kerajaan berharap agar usaha ini dapat mewujudkan 300,000 ribu peluang pekerjaan baharu bagi tahun 2022.

Selain itu, MySTEP akan terus menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 pekerjaan dalam GLC dan rakan-rakan strategik mereka.

“Kerajaan yakin strategi NEC dapat meneruskan momentum penciptaan pekerjaan, selaras dengan pemulihan dan pembukaan pelbagai sektor-sektor ekonomi serta berusaha Kerajaan yakin strategi NEC dapat meneruskan momentum penciptaan pekerjaan, selaras dengan pemulihan dan pembukaan pelbagai sektor-sektor ekonomi.

“Inisiatif ini amat penting bagi memastikan mereka yang kehilangan pekerjaan dapat memulihkan penjaanaa pendapatan isi rumah Keluarga Malaysia,” jelasnya.

Perdana Menteri turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kesemua kementerian, agensi kerjaan dan GLC yang telah menyumbang kepada kejayaan penciptaan pekerjaan yang melangkaui sasaran pada tahun 2021. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas