Indonesia tarik balik amaran tsunami
IMEJ Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS). FOTO - HARIAN METRO

Indonesia tarik balik amaran tsunami

INDONESIA menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan awal Selasa selepas gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter menggegarkan wilayah Nusa Tenggara Timur.

Gegaran itu mencetuskan panik, dengan video yang disiarkan saluran berita tempatan menunjukkan orang ramai bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri, lapor Agensi Anadolu (AA).

Pusat gempa adalah di sekitar Larantuka, di timur Pulau Flores.

Sebelum ini, amaran tsunami sudah dikeluarkan untuk Maluku, Nusa Tenggara Barat, Nusa Tenggara Timur, Sulawesi Selatan, Sulawesi Utara, tetapi ditarik balik beberapa jam kemudian.

Ketua Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) Dwikorita Karnawati berkata pemantau hanya mengesan gelombang tsunami kecil di wilayah itu.

“Tiada kematian dilaporkan setakat ini. Orang ramai boleh pulang ke rumah mereka, tetapi perlu berwaspada terhadap gegaran susulan dan memastikan bangunan mereka selamat,” katanya pada sidang akhbar di Jakarta. -BERNAMA 

Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )