Biz

50,000 set produk Truskin habis dijual 5 minit, terus bersama Aina Abdul

Julia Lah (kiri) dan Pengarah Trulooks
- Diterbit 21 Mac 2022 6:45 AM MYT

TRULOOKS Global Group Sdn. Bhd. (Trulooks) pengeluar produk penjagaan kecantikan berjenama Truskin dan juga produk kosmetik, berjaya menjual pek produk terbaharunya, Truskin Trio Happyness Edition sebanyak 50,000 set dalam masa lima minit sahaja.

Tempahan tersebut diterima daripada para pengedarnya yang hadir pada majlis pelancaran dan juga penyampaian CEO BOSS Entrepreneur Award 2022 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Trulooks, Julia Lah berkata, pek produk edisi terhad itu sememangnya dinantikan oleh para pengedarnya yang kini telah mencecah lebih daripada 2,000 orang di seluruh negara kerana harganya yang cukup istimewa iaitu RM90 sahaja.

AINA Abdul (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Trulooks, Julia Lah (kiri) dan Pengarah Trulooks, Dr Adibah Abd Bari

Pek yang terdiri daripada micellar cleanser, TryMe mosturizer dan essence toner hadiah percuma istimewa iaitu lip tint.

“Kami mengeluarkan pek Truskin Trio Happyness Edition sebanyak 150,000 unit yang terdiri daripada 50,000 set, jualan yang diterima sangat menggalakkan kerana ramai pengedar memang menantikan tawaran hebat ini kerana ia tawaran tersebut tidak akan diulang lagi pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian anugerah tersebut yang turut dihadiri oleh Pengarah Trulooks, Dr. Adibah Abd. Bari bersama artis, Aina Abdul.

Syarikat telah menyambung kerjasamanya dengan Aina dan melalui kerjasama yang kini memasuki tahun ketiga akan membolehkan wajah penyanyi tersebut terpampang di papan iklan besar di beberapa lokasi utama termasuk di lebuh raya di Malaysia.

Mengulas lanjut, Julia menjelaskan, ketika negara berdepan dengan krisis kesihatan yang diancam pandemik COVID-19, pertumbuhan jualan syarikat telah mencecah sebanyak 600 peratus.

Ini kerana tumpuan masyarakat terhadap pembelian secara online yang meledak tinggi dan juga komitmen pengedarnya yang begitu aktif mempromosi serta menjual produk Truskin.

“Kami mengunjurkan jumlah pengedar juga akan bertambah kepada 5,000 orang pada tahun ini,”ujarnya.

AINA memeriahkan majlis pelancaran dan juga penyampaian CEO BOSS Entrepreneur Award 2022

Manakala Aina yang ditemui juga meluahkan rasa syukur apabila Trulooks menyambung kolaborasinya pada tahun 2022.

“Alhamdulillah, saya gembira kerana dapat menyambung kolaborasi dengan Trulooks kerana saya memang pengguna Truskin. Bukan sahaja produk ini berkualiti, malah pihak Trulooks juga sering memudahkan tugas saya sebagai wajah jenama ini.

“Apa yang saya tak sangka, wajah saya terpampang di papan iklan. Tak pernah saya bayangkan, seorang gadis yang mempunyai masalah kulit muka di zaman remaja mendapat peluang untuk terpampang di billboard besar serata negara.

“Masalah kulit wajah saya semakin dapat diatasi dengan penggunaan produk ini dan apa yang penting, saya mendapat keyakinan diri untuk beraksi sebagai seorang penghibur di atas pentas,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama ini, layari laman web www.trulooks.com.my. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas