Berita

25 badan sukan Labuan terima Bantuan Madani RM70,000

NIK Ahmad (kiri) menyampaikan cek replika Bantuan Madani bernilai RM70,000 kepada Rithuan (kanan) disaksikan Simsudin (tengah) pada Majlis Penyampaian Bantuan Madani di Labuan baru-baru ini.
- Diterbit 25 Ogos 2023 8:00 AM MYT

SEBANYAK 25 badan sukan ­berdaftar dan aktif di Labuan menerima Bantuan Madani bagi tahun 2023 bernilai RM70,000 daripada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) baru-baru ini.

Menurut Pengarahnya, Nik Ahmad Zahiruddin Nik Salleh, bantuan yang diberi pada setiap tahun itu bertujuan melancarkan pengoperasian dan ­pengurusan ­persatuan sukan di Wilayah Persekutuan termasuk Labuan di mana setiap persatuan akan ­menerima antara RM2,000 hingga RM4,000.

“Baru-baru ini juga MSWP ­menyalurkan Bantuan Madani sebanyak RM278,000 ­kepada 83 badan sukan yang aktif di Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya ­kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Madani kepada 25 badan sukan di Labuan.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail.

Mengulas lanjut, Nik Ahmad ­berkata pihaknya memperkenalkan Anugerah Penarafan Bintang Badan Sukan Wilayah Persekutuan di mana antara elemen yang akan dinilai adalah Dokumen Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) badan sukan, urus ­tadbir badan sukan, kewangan dan ­pencapaian badan sukan di peringkat ­kebangsaan atau lebih tinggi.

“Dengan adanya anugerah ­tersebut menjadikan mekanisme bagi menilai dan mengukur badan sukan di ­ketiga-tiga Wilayah Persekutuan. Ia juga selaras ­dengan Akta Pembangunan Sukan 1977,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas