Berita

Kawasan Kolam Takungan Banjir Sungai Midah perlu ditambah baik

AZIZAH (dua dari kanan) ketika meninjau kolam ikan di Sungai Midah. Turut sama Azman Abidin (dua dari kiri).
- Diterbit 26 Ogos 2023 1:00 AM MYT

KAWASAN persekitaran termasuk kemudahan infrastruktur di Kolam Takungan Banjir Sungai Midah ­perlu ­ditambah baik bagi memberi ­keselesaan ­kepada penduduk sekitar dan ­pengunjung yang datang ke ­kawasan itu.

Pengerusi Kelab Pencinta Alam Kolam Takungan Banjir Sungai Midah, Mohd Zainuddin Amran ­berkata ia wajar ­dilaksanakan ­berikutan kolam takungan yang dahulunya hutan dan dipenuhi ­semak samun itu sudah menjadi ­lokasi ­tumpuan bagi aktiviti riadah dan rekreasi.

“Kolam ini bukan sekadar kolam takungan banjir sahaja ­sebaliknya ia telah menjadi kawasan yang ­berpotensi untuk dibangunkan ­sebagai taman rekreasi semenjak ia dibuka pada tahun 2008.

“Malah, lokasi ini juga menjadi jalan pintas yang menghubungkan dua perumahan iaitu Pangsapuri Sri Malaysia dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Petaling ­dengan Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

“Jadi, saya merasakan ­segala kemudahan yang terdapat di sini terutama daripada aspek infrastruktur, kebersihan, trek laluan pejalan kaki harus ditambah baik untuk keindahan dan kelestarian ­kawasan ini,” ­katanya kepada Wilayahku ­pada Program Riadah 5K Malaysia Madani 2023 baru-baru ini.

Menurut Zainuddin, ­pada program itu, dia juga telah mengemukakan ­beberapa cadangan penambah­baikan yang boleh ­dilaksanakan kepada Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, cadangan itu dikemukakan ketika beliau hadir menyempurnakan program tersebut selain turut membuat tinjauan di kebun komuniti, kolam ikan dan ­kawasan sekitar kolam takungan itu.

“Antara cadangan yang ­dinyatakan adalah ­menyediakan ­infrastruktur seperti wakaf istirahat, tandas, tong sampah ­serta menyelenggara ­kebun komuniti dan menaik taraf ­laluan ­pejalan kaki ­bagi kemudahan ­penduduk ­setempat dan pengunjung.

“Dalam masa yang sama, kami juga bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JKS) ­meningkatkan penyelenggaraan di ­dalam kawasan kolam serta pelbagai pihak seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan SWCorp Wilayah Persekutuan.

“Sementara itu, penduduk ­pula turut mengindahkan landskap di lokasi ini dengan penambahan ­tanaman sayuran dan pokok ­hijau di lereng-lereng bukit melalui ­kebun komuniti yang tersedia,” ­katanya ­tanaman seperti cili, kubis, ­bayam Brazil, serai dan banyak lagi ­ditanam di kebun tersebut.

Bagi aspek keselamatan ­pula, Zainuddin berkata setakat ini, dua perkara itu dikawal baik berikutan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk ­memantau lokasi itu terutama pada waktu malam.

“Dua minggu sekali, setiap ahli KRT bersama pihak polis akan ­melakukan rondaan terutamanya pada waktu malam bagi memantau aspek keselamatan penduduk dan pengunjung yang melalui kawasan ini,” katanya turut mencadangkan tambahan lampu solar di sepanjang laluan pejalan kaki bagi menjaga ­keselamatan mereka.

Terdahulu, Program Riadah 5K ­menyediakan aktiviti ­seperti ­pemeriksaan ­kesihatan percuma, senaman dan lain-lain ­dengan melibatkan ­lima komuniti ­iaitu Pangsapuri Seri Malaysia, PPR Desa Petaling, PPR Seri Malaysia, Kampung Malaysia Raya dan Kampung Malaysia Tambahan.

Turut hadir memeriahkan ­program, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin; Ketua UMNO Bahagian Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar; Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan dan Ummi Khaltum Shuib. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas