Berita

200 peserta Memancing Laut Dalam LISC 2023 mulakan cabaran

- Diterbit 9 Mei 2023 10:35 AM MYT

LEBIH 200 peserta Cabaran Memancing Laut Dalam Labuan International Sea Challenge (LISC) 2023 yang disertai dari dalam dan luar negara memulakan cabaran itu bermula hari ini sehingga 14 Mei ini.

Acara itu mendapat penyertaan paling ramai buat pertama kalinya dalam sejarah penganjurannya.

Penyertaan melebihi 200 peserta dengan 21 buah kapal yang melibatkan peserta dalam dan luar negara iaitu daripada Perancis, Kanada, Hongkong, Australia dan Brunei

Sesi pelepasan cabaran itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (Pembangunan), Ibrahim Tambi mewakili Ketua Pegawai Eksekutif di Jeti Marina di sini, pada Selasa.

Acara utama itu dikelolai oleh Kelab Ekstrem G.H.R.T berkolaborasi bersama Japanese Tackle Company (penaja DAIWA) turut menaja hadiah sampingan paling tinggi nilainya kepada peserta yang berjaya.

DAIWA menawarkan hadiah berupa barangan memancing seperti Fishing Reels, and Manual Reels, Braided Lines, Goodie Bags, Caps, T-shirts, Water Bottles, Trade Logo Stickers dan pelbagai hadiah yang lain.

Acara tersebut menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM 60,000.00 secara keseluruhannya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas