Berita

18 keluarga Kampung Periuk terima bantuan tambahan Ahli Parlimen Titiwangsa

- Diterbit 20 Disember 2020 11:11 PM MYT

SUSULAN kejadian banjir yang melanda Kampung Periuk di Kampung Baru Kuala Lumpur pada 17 November lalu, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Harun tampil menghulurkan sumbangan tambahan bagi membantu meringankan beban mangsa.

Ia berikutan kesemua 18 keluarga terlibat mengalami kerugian besar disebabkan kerosakan perkakas elektrik, perabot dan rumah.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Titiwangsa, Mohd Faiz Izzat berkata, Ahli Parlimennya sentiasa prihatin dengan masalah yang melanda penduduk setempat.

“Kita faham mangsa banjir masih trauma dan terkesan akibat banjir yang kerap terjadi. Yang Berhormat (Rina) juga sangat prihatin terhadap perkara ini dan kami sudah berbincang beberapa kali dengan pihak berkuasa tempatan bagi menangani masaalah yang melanda.

“Kami juga percaya Menteri Wilayah Persekutuan (Tan Sri TPr Annuar Musa) dan Datuk Bandar Kuala Lumpur (Datuk Mahadi Che Ngah) sedang melakukan yang terbaik bagi menangani masaalah banjir itu,” katanya.

Mengulas lanjut, ujarnya, pihak Ahli Parlimen Titiwangsa mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan Bersatu Cawangan Kampung Baru Selatan yang turut hadir membantu mangsa. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas