Berita

Uqasha terima lamaran Kamal Adli di AME 2020

- Diterbit 20 Disember 2020 9:57 PM MYT

DOA serta harapan peminat untuk melihat pasangan pelakon Kamal Adli,34, dan Uqasha Senrose,28, bersatu sebagai suami isteri hampir menjadi kenyataan apabila Uqasha menerima lamaran Kamal.

Kamal membuat kejutan ketika siaran langsung Anugerah Meletop Era 2020 (AME20) malam tadi apabila melamar Uqasha. 

“Uqasha Senrose, sudikah awak menjadi isteri saya?” Tanya Kamal sambil berlutut.

Sementara Uqasha meminta Kamal mengulang semula pertanyaan yang sama dan akhirnya menjawab “yes!”

Kesungguhan Kamal terbukti apabila dia mengeluarkan cincin sebelum melutut dan membuat lamaran terhadap Uqasha.

Suasana lebih romantik apabila cincin tersebut disarungkan ke Uqasha. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas