Berita

134,000 pemandu teksi, bas terima manfaat

PEMAIN industri pengangkutan awam yang berdaftar akan menerima bantuan tersebut bermula bulan Julai 2021.
- Diterbit 4 Jun 2021 1:19 AM MYT

PEMANDU teksi dan bas antara penerima bantuan khas one-off RM500 menerusi bantuan PKP 3.0 atau Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, mereka juga adalah petugas barisan hadapan yang sentiasa dalam perhatiannya ketika mendepani cabaran pandemik COVID-19.

Katanya, bantuan berkenaan akan disalurkan kepada 134,000 penerima yang terdiri daripada pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa, bas sekolah, bas persiaran dan pemandu pelancong.

“Mudah-mudahan bantuan ini memberi manfaat kepada 62,000 pemandu kereta sewa dan e-hailing, 40,000 pemandu teksi, 17,000 pemandu pelancong, 11,000 pemandu bas sekolah dan 4,000 bas persiaran,” ujarnya menerusi kenyataan media pada Selasa.

PEMAIN industri pengangkutan awam yang berdaftar akan menerima bantuan tersebut bermula bulan Julai 2021.terkini dan sahih melalui laman web atau media sosial rasmi APAD.

Sementara itu, Ka Siong menjelaskan Kerajaan juga telah bersetuju untuk melanjutkan pengecualian SST Kenderaan pe- numpang CKD dan CBU import sehingga 31 Disember ini.
“Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan pengecualian cukai jualan (SST) bagi kenderaan penumpang CKD dan CBU import mulai 1 Julai 2021 menerusi Insiatif penjana.

“Semoga pelanjutan ini dapat mencapai hasrat Kerajaan dalam menyokong kelangsungan per- niagaan di bawah PEMERKASA Plus,”
Tambahnya lagi, PEMERKASA Plus memperuntukkan RM1 bilion kepada para pengusaha bas dan teksi yang layak mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan menerusi Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi.

“Bantuan khas ini akan disalurkan kepada penerima yang berdaftar bermula bulan Julai 2021.

“Kaedah dan kelayakan permohonan akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),” katanya.
Bagaimanapun, beliau memberitahu, penerima boleh mendapatkan maklumat
katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin telah mengumumkan RM68 juta diperuntukkan bagi bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) kepada Pemain Industri Pengangkutan Awam.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas