Berita

Saringan pandu lalu RTK-Ag dirancang

- Diterbit 4 Jun 2021 1:28 AM MYT

KERAJAAN merancang mewujudkan pusat ujian saringan komuniti COVID-19 jenis Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) secara percuma termasuk secara pandu lalu untuk warga Wilayah Persekutuan dalam usaha memerangi pandemik itu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, dua pusat ujian saringan secara pandu lalu sedang dirancang sebagai inisiatif tambahan ke- pada saringan komuniti secara percuma di kawasan Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dijangka bermula 7 Jun ini.

“Kita sedang bekerja keras untuk memastikan mulai 7 Jun, kita memulakan pemberian ujian saringan RTK-Ag secara percuma untuk warga Wilayah Persekutuan.

“Selain PPR dan PA, dua pusat ujian secara pandu lalu sedang dirancang. Menjelang 15 Jun, kita akan tambah bilangan lokasi,” katanya menerusi Twitter, 30 Mei lalu.

Selasa lalu, Annuar mengumumkan pelaksanaan saringan komuniti COVID-19 jenis RTK-Ag secara bersasar dan percuma membabitkan kumpulan pertama 20,000 warga emas dan rentan bermula awal Jun di kawasan PA, PPR, kampung tradisional serta lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Wilayah Persekutuan dengan jadual sa- ringan akan dimaklumkan kemudian.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas