Selebriti

Jenazah Hail Amir selamat dikebumikan

- Diterbit 7 Mei 2024 11:50 AM MYT

JENAZAH penyanyi dan pelakon popular era 1970-an, Allahyarham Datuk Hail Amir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang, pada jam 11 pagi tadi.

Pengebumian yang dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga saudara terdekat serta kenalan Allahyarham berjalan dengan lancar.

Antara selebriti dan rakan seperjuangan a Allahyarham yang turut menghadiri pengebumian ini ialah Datuk Yusof Haslam, Datuk DJ Dave, Datuk Yusni Hamid, Abon dan ramai lagi.

Jenazah dimandikan dan siap dikafankan jam 8.15 pagi sebelum rakan-rakan artis dan peminat menziarah memberikan penghormatan terakhir.

Terdahulu, jenazah tiba di tanah perkuburan itu pada jam 10.45 pagi selepas disolatkan di Masjid Ukay Perdana.

Allahyarham Hail atau nama sebenarnya, Abdul Hail Amir, 77, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 3:40 petang semalam akibat jangkitan paru-paru. – WILAYAHKU

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas