Biz

Melengkapi perubatan moden… 100 teknik urutan Yumeiho solusi masalah tenaga batin

- Diterbit 7 Mei 2024 10:02 PM MYT

KETIKA ini, dunia menikmati perubatan moden yang sangat canggih dan efektif dalam melawan penyakit yang dihidapi ramai orang,

Namun, tidak dinafikan dalam masa  yang sama , begitu  ramai individu mahupun  masyarakat yang meyakini rawatan alternatif yang sebenarnya melengkapi perubatan moden.

SALAH seorang pelanggan yang mengalami masalah sendi menjalani terapi Yumeiho

Misalnya Terapi Yumeiho yang berasal dari Jepun dan diiktiraf di peringkat antarabangsa kini semakin mendapat tempat di lebih 80 negara di seluruh dunia

Pengasas dan Pengarah Yumeiho Asia, Zaphir Lembang,60, yang mempunyai pengalaman 15 tahun dalam terapi ini sudah membuktikan mampu membantu dalam menyembuhkan penyakit berkaitan strok, lemah tenaga batin, slipdisc , sakit otot, stres, gangguan jiwa, mental tidak stabil dan banyak lagi.

Lelaki berdarah campuran Melayu- Jerman yang lebih mesra dipanggil Sensei (cikgu) Zaphir  ini berkata, ketidakseimbangan tulang pinggul dan pinggang boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

“Yumeiho adalah terapi yang menggunakan teknik urutan dan berdasarkan kepada keseimbangan tulang pinggul atau pelvis.

“Kalau ikutkan nama sebenar rawatan yang berasal dari Jepun ini adalah Kotsuban  Yumeiho . Kotsuban bermaksud tulang pinggul dan Yumeiho bermaksud teknik untuk meningkatkan daya hidup melalui pembetulan atau keseimbangan tulang pinggul.

“Dalam teori Yumeiho ini kita percaya bahawa tulang pelvis ini adalah keseimbangan untuk sistem tubuh kita. Bukan melibatkan tulang belakang sahaja, ini kerana seluruh sistem tubuh kita ini adalah berdasarkan kepada keseimbangan tulang pinggul kita.

“Kalau orang dulu-dulu dalam bahasa mudahnya sebut sakit pinggang. Mereka tahu yang pinggang ini mengawal keseimbangan hidup kita.

“Akibat ketidakseimbangan tulang pinggang atau pelvis ini, boleh mendatangkan banyak penyakit. Ia bukan sahaja berkaitan dengan sendi tetapi juga metabolisme, jantung, dalaman perut dan sebagainya. Ini kerana gangguan pada tulang pinggul secara tak langsung akan memberi kesan kepada sistem dalam tubuh kita.

PENGASAS dan Pengarah Yumeiho Asia, Zaphir Lembang

 

Menurut Zaphir, terdapat beberapa perbezaan urutan dalam Terapi Yumeiho berbanding rawatan urutan yang lain.

“Apa yang istimewa, terdapat 100 urutan dalam terapi Yumeiho ini untuk sekali rawatan. Urutan ini tidak memerlukan minyak, tak perlu buka baju dan patuh syariah.

“Ramai juga yang bertanya, apa perbezaan urutan terapi Yumeiho berbanding yang lain. Perbezaannya adalah Yumeiho menekankan kepada keseimbangan tulang pinggul yang mempengaruhi kesihatan kita.

“Rawatan yang kami jalankan adalah mencari di mana punca atau penyebab utama masalah kesihatan seseorang itu. Bukan merawat penyakit itu semata-mata, tetapi mencari punca penting kepada penyakit itu.

“Berbeza dengan rawatan yang di mana kita sakit, di situlah yang dirawat. Contoh Kalau sakit pada mana-mana bahagian di badan, jadi bahagian sakit itu sahaja yang  dirawat.

“Sedangkan mungkin penyakit yang datang itu akibat tulang pinggul yang tidak seimbang. Jadi apabila tulang pinggul sudah seimbang automatik sistem dalam badan pun seimbang.

“Apabila tulang pinggul tidak seimbang, badan jadi senget dan ini menyebabkan berlakunya tekanan yang boleh menjadi punca pelbagai penyakit,” katanya.

ZAPHIR bersama staf Yumeiho Asia

Zaphir juga menjelaskan, terapi Yumeiho yang mempunyai  100 urutan terbahagi kepada empat konsep atau tahap.

“Yang pertama adalah konsep pencegahan. Misalnya seseorang itu tidak mengalami apa-apa masalah besar seperti badan kurang segar atau rasa lemah, boleh datang dapatkan terapi Yumeiho ini sebagai langkah pencegahan daripada apa-apa penyakit.

“Jika mereka yang tidak mempunyai masalah besar dalam kesihatan dan terus konsisten atau istiqamah melakukan terapi ini sekurang-kurangnya sekali  sebulan atau dua bulan sekali, Yumeiho boleh membantu menguatkan sistem imunisasi badan mereka.

“Konsep kedua adalah pemulihan diikuti konsep ketiga iaitu sesi rawatan kepada yang mengalami penyakit agak serius seperti masalah sendi yang teruk dan slipdisc.

Konsep terakhir  adalah Sports  Enhancement untuk mereka yang aktif dalam bersukan. Di luar negara, misalnya untuk Sukan Olimpik. Mereka menggunakan terapi ini untuk meningkatkan kebolehan atlet-atlet.

“Ada seorang doktor tempatan yang tugasnya memastikan kesihatan pasukan bola sepak. Selepas menggunakan terapi Yumeiho ini, ternyata pemain-pemain bola ini prestasinya meningkat,” ujarnya.

 

Masalah kesihatan batin, strok & stres

Menurut Zaphir, pelanggan yang mempunyai masalah kesihatan batin, strok dan  stres ramai yang   datang mendapatkan rawatan daripadanya.

“Terapi Yumeiho ini juga boleh membantu dalan masalah batin atau mereka yang sedang ikhtiar untuk dapatkan anak.

“Ini kerana urutan yang memberi manfaat kepada tahap kesihatan batin atau dalaman. Apabila tubuh sihat secara tak langsung membolehkan sistem dalaman tubuh berjalan dengan lancar. Darah berjalan lancar, saraf tiada masalah.

“Begitu juga  yang mempunyai masalah berkaitan mental, stres dan panas baran. Terapi  Yumeiho ini boleh membantu tetapi bukanlah menyembuhkan atau hilangkan masalah menyal yang dialami

“Terapi ini boleh mengembalikan sistem dalam tubuh manusia kepada normal.  Apabila kita dapat badan yang normal maka fungsi dalaman tubuh akan seimbang.

“Saya turut banyak membantu dan merawat pesakit strok. Alhamdulillah, kebanyakan mereka berpuas hati apabila boleh hidup normal seperti biasa.

“Boleh kata terapi ini melengkapi perubatan moden yang sedang dijalani pesakit strok. Rawatan doktor atau hospital seperti  fisioterapi mesti diteruskan. Jangan tinggalkan pula apa yang doktor suruh,” tambahnya lagi.

Zaphir yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam terapi ini telah merawat  13 ribu pesakit.

Bukan hanya dari Malaysia, malah ramai pelanggan dari luar negara seperti dari Indonesia, Brunei, Singapura, Kuwait, Arab Saudi.

Dengan harga RM 180 untuk satu jam dan harga promosi RM 98, sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan boleh ke Tamarind Square, Cyberjaya.

 

https://www.instagram.com/yumeiho_asia?igsh=ZjFhMmUzMDB6NDNv

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas