Berita

WADAH, YWP himpun formula noktah miskin bandar

ABDUL RAHMAN (kanan) ketika sesi menandatangani MoU bersama Ahmad Azam selepas Forum Meja Bulat: Menoktahkan Kemiskinan Bandar: Kesan dan Cabaran di PICC hari ini.
- Diterbit 22 Jun 2023 9:31 AM MYT

ISU kemiskinan bukanlah asing dan terpilih hanya kepada pentadbiran negara semata-mata malahan ia berlegar dalam kalangan rakyat dan masyarakat.

Memahami isu ini perlu ditangani segera, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menganjurkan Forum Meja Bulat: Menoktahkan Kemiskinan Bandar: Kesan dan Cabaran.

Menurut Presidennya, Datuk Ahmad Azam Ab Rahman, forum tersebut sangat bersejarah kerana melibatkan perbincangan khusus 30 orang peserta dari pelbagai latar belakang dan kepakaran dalam isu menoktah kemiskinan.

AHMAD AZAM

“Ini merupakan satu pendekatan yang inklusif melibatkan semua yg terlibat dari pembuat dasar hingga kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan kerja di peringkat bawah.

“Bagi saya perbincangan ini sangat mahal, mereka memberi pelbagai pandangan. Ternyata isu yang besarnya kita ketiadaan data di mana data yang sama dirujuk; kedua isu pertindanan agensi-agensi dan pekerja pembantu kemiskinan yang harus kita selaraskan; ketiga kita dapati bagaimana NGO dilibatkan secara langsung dimana sebelum ini mereka tidak diberi ruang dan dianggap menyusahkan kerja-kerja pihak lain,” ujar beliau kepada Wilayahku.

Tambah beliau, forum yang melibatkan perbincangan khusus 30 orang peserta dari pelbagai latar belakang dan kepakaran ini berjaya memecahkan pemikiran sesetengah pihak bahawa NGO tidak memberi apa-apa manfaat.

“Ternyata gabungan peranan NGO dan agensi ini merupakan formula terbaik bagi menoktahkan kemiskinan bandar yang mana bagi saya jumlah bangsa Melayu semakin lama semakin ramai duduk di bandar,” ujar beliau sejurus program yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Turut hadir Pengarah Eksekutif YWP, Abdul Rahman Siraj; Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YWP, Dr Abdul Basir V. Kunhimohamed, Rohani Hussin dan Mohd Mustafa Ghazanfar.

Dalam majlis sama turut berlangsung majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara pihak WADAH dan YWP.

“MoU tersebut bertujuan untuk memastikan hubungan ini diikat dengan satu perjanjian kesefahaman dimana kita boleh sinergi tenaga supaya matlamat membangunkan masyarakat bandar itu tercapai.

“Ia merupakan satu permulaan yang baik dan tahniah kepada YWP kerana bersedia untuk menaja program ini dan dalam masa yang sama ia juga sebagai permulaan untuk siri seterusnya bukan sahaja berkenaan agenda kemiskinan bahkan apa sahaja,” ujar beliau. – WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas