Berita

Sertai pemeriksaan kesihatan percuma, iM Booster 1 dan 2 Julai ini

ANTARA aktiviti yang disediakan sepanjang program berlangsung.
- Diterbit 22 Jun 2023 9:27 AM MYT

PROGRAM pemeriksaan kesihatan dan perkhidmatan perundingan percuma, iM Booster, Harmony Malaysia Madani kini bakal kembali pada 1 dan 2 Julai 2023 bertempat di Leisure Mall, Kuala Lumpur.

Pengasas iM Booster, Datuk Dr Soo Kam Seong berkata program tersebut dianjurkan untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia dalam kesihatan kendiri bagi membolehkan pengesanan awal penyakit tidak berjangkit selain menurunkan risiko mendapat penyakit kronik.

“Ia juga merupakan acara amal di mana kita menyediakan kemudahan buat golongan orang kurang upaya (OKU), golongan berpendapatan rendah (B40) dan warga emas menjalani ujian saringan kesihatan secara percuma.

“Program iM Booster pada kali ini akan dianjurkan akan diadakan bermula pukul 10 pagi sehingga 6 petang bertempat di tingkat 2, Leisure Mall, Kuala Lumpur,” katanya.

Tambahnya, selain program saringan, pihaknya juga akan menyediakan saringan kesihatan kepada pengunjung yang hadir.

“Kita ingin memupuk kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan khususnya dalam meningkatkan imuniti badan,” ujarnya.

Sebagai rekod, seramai lebih 500 individu hadir menjalani saringan kesihatan percuma di Program iM Booster yang diadakan pada Ogos 2022 dan turut melibatkan sebanyak 12 pempamer terdiri daripada pengamal perubatan tradisional dan komplementari.

Antara saringan yang disediakan ialah perkhidmatan penggalak imuniti, pemeriksaan mikro-peredaran, frekuensi penyembuhan dan pemeriksaan kesihatan QMRA.

Sebarang pertanyaan boleh layari https://imbooster.org/healthy-im-booster/ atau Imbas kod QR dalam gambar atau WhatsApp 016-9414 928. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas