u-Pustaka

Berita

515, 477 rakyat Malaysia mendaftar u-Pustaka sehingga 31 Okt – Nancy

SERAMAI 515,477 rakyat Malaysia telah mendaftar sebagai ahli u-Pustaka sehingga 31 Okt lepas sejak perkhidmatan digital perpustakaan itu mula diperkenalkan pada 2011. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata kementeriannya menerusi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sentiasa memperkasakan perkhidmatan itu dan keahlian u-Pustaka terus menunjukkan peningkatan setiap tahun.