
Tabung Haji umum agihan keuntungan sebanyak 3.1 peratus
LEMBAGA Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 pada kadar 3.1 peratus setelah mengambil kira pelunasan zakat sebanyak 2.57 peratus. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata agihan keuntungan itu membabitkan jumlah agihan sebanyak RM2.72 bilion berbanding