SILK

Berita

Kakitangan positif COVID-19, PROLINTAS laksana sanitasi di plaza tol

PROJEK Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) telah menjalankan kerja pembasmian kuman dan pembersihan di Pejabat Operasi Lebuhraya Kajang SILK (SILK) dan kesemua 16 buah plaza tolnya berikutan salah seorang kakitanganya disahkan positif COVID-19, semalam. PROLINTAS dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerja-kerja berkenaan dijalankan mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).