Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota

Berita

RM13.5 juta bajet kebajikan tahun ini, YWP fokus pembangunan usahawan

YAYASAN Wilayah Persekutuan (YWP) dijangka memperuntukkan sejumlah RM 13.5 juta untuk program kebajikan bagi membantu warga Wilayah Persekutuan yang memerlukan pada tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zaizalnizam Zainun berkata, tidak ada pengurangan jumlah dari segi bantuan di peringkat YWP malah ia bakal bertambah ekoran penambahan jumlah penerima dan sumbangan.