koperator

Berita

Angkasa gesa semua koperator ambil vaksin

ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) meminta semua koperator di negara ini untuk mengambil vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Presidennya Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata Angkasa menyokong penuh usaha kerajaan untuk program vaksinasi ini yang merupakan program imunisasi terbesar negara, dan pengambilan vaksin perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan.