Berita

Angkasa gesa semua koperator ambil vaksin

Angkasa president, Datuk Abdul Fattah Abdullah at a press conference during of Malaysia Carnival of Cooperatives' Products and Services 2019 at Persada Johor International Convention Centre, Johor Baru on Nov 28.
- Diterbit 22 Februari 2021 11:58 AM MYT

ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) meminta semua koperator di negara ini untuk mengambil vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Presidennya Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata Angkasa menyokong penuh usaha kerajaan untuk program vaksinasi ini yang merupakan program imunisasi terbesar negara, dan pengambilan vaksin perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Webinar ‘Mengapa, Kenapa dan Keperluan Vaksinasi Covid-19 dan Kempen Vaksinasi Koperator, hari ini, anjuran Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan Angkasa secara persidangan video, menggunakan aplikasi Zoom.

Webinar itu turut melibatkan penyertaan Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Dr Noriah Ismail selaku ahli panel.

Sementara itu Abdul Fattah berkata Angkasa yang telah membuka lima Coop Farmasi dan sebuah kedai penjagaan kesihatan dengan jenama CoopWellness setakat ini, bercadang membuka 10 buah kedai Coop Farmasi di seluruh negara tahun ini. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas