#juvana

Berita

“Pendakwah Juga Manusia Biasa” – JOHAN AS’ARI

SEJAK akhir-akhir ini, terlalu banyak kontroversi yang mengaitkan golongan pendakwah selebriti terutamanya mereka yang muncul daripada program berkonsepkan dakwah. Tidak dinafikan, kontroversi yang menjadi buah mulut masyarakat ini sedikit sebanyak memberi tanggapan negatif buat golongan tersebut. Paling ketara, rataratanya dituduh menggunakan agama untuk kepentingan diri atau nama lain penunggang agama.