gempa bumi

Berita

Gempa bumi sederhana landa Selatan Laut Maluku, Indonesia

GEMPA bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter dikesan berlaku di Selatan Laut Maluku, Indonesia pada 4.31 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 179 kilometer (km) selatan dari Tomohon, Indonesia dengan kedalaman 72km. Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami

Berita

Turkiye isytihar darurat tiga bulan di beberapa wilayah akibat gempa bumi

PRESIDEN Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Selasa mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah yang dilanda gempa bumi besar, lapor Xinhua. Keputusan itu diambil bagi memastikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta kajian selepas bencana dapat dijalankan dengan cepat, katanya pada sidang media. Angka kematian akibat gempa bumi yang

Berita

Gempa bumi Turkiye: Singapura hantar pasukan penyelamat 20 anggota sertai SAR

SINGAPURA akan menghantar pasukan penyelamat ke Turkiye bagi menyertai usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di wilayah selatan negara itu. Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menerusi laman Facebooknya, mengumumkan bahawa kontinjen Operasi Lionheart (OLH) akan dihantar bagi membantu usaha menyelamat. “Pasukan yang dianggotai 20 anggota SCDF terdiri daripada pegawai Pasukan

Berita

NGO Malaysia-Indonesia sasar RM3 juta bantu mangsa gempa

GABUNGAN 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan Malaysia dan Indonesia, menyasarkan RM3 juta kutipan dana dalam misi membantu mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye dan Syria. Agensi yang terlibat dalam misi kemanusiaan itu antaranya Malaysia For Syria; Global Peace Mission (GPM) Malaysia; Muslim Volunteer Malaysia (MVM); Hayrat Relief Malaysia; Impactive Malaysia; Cinta Syria Malaysia; DT Peduli Indonesia;  Asar Humanity Indonesia dan

Berita

Gempa Turkiye, Syria: Agong, Permaisuri ucap takziah, seru adakan solat hajat

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada Kerajaan Turkiye dan Syria serta rakyatnya berikutan tragedi gempa bumi kuat melanda negara berkenaan. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, turut menzahirkan ucapan takziah. Baginda berdua turut menzahirkan ucapan takziah

Berita

Satu lagi gempa bumi kuat gegar Selatan Turkiye

TURKIYE digemparkan dengan satu lagi kejadian gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter pada petang Isnin, lapor Agensi Anadolu. Gempa itu dilaporkan berlaku pada 1.24 tengah hari (2100GMT) waktu tempatan, berpusat di daerah Elbistan di Kahramanmaras, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD). Ketua Pengarah Gempa Bumi dan