Berita

Gempa bumi sederhana landa Selatan Laut Maluku, Indonesia

- Diterbit 8 Mac 2023 3:15 AM MYT

GEMPA bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter dikesan berlaku di Selatan Laut Maluku, Indonesia pada 4.31 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 179 kilometer (km) selatan dari Tomohon, Indonesia dengan kedalaman 72km.

Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas