Berita

Gelandangan mula hidup baharu, hadiri temuduga kerja

KUALA LUMPUR – Gelandangan yang diselamatkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal memulakan langkah hidup baharu apabila menghadiri taklimat dan temuduga kerja bagi membolehkan mereka berkerja selepas ini. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr. Annuar Musa berkata, beliau melahirkan kesyukuran kerana golongan itu menyahut seruan untuk memulakan kehidupan baru.

Berita

Gelandangan warga asing di pusat transit negatif Covid-19

PRIHATIN. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr. Annuar Musa malam tadi meluangkan masa meninjau keadaan gelandangan warga asing yang ditempatkan di pusat transit di Dewan Serbaguna Taman Ampang Hilir. Beliau turut berkesempatan berbual dengan mereka bagi mendengar permasalahan yang dihadapi golongan itu. Terdahulu Annuar berkata, beliau bersyukur kerana pemeriksaan kesihatan

Berita

Tugas kendali gelandangan mencabar, KWP sedia dana RM1 juta

PUTRAJAYA – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menyediakan dana sejumlah RM1 juta tahun ini khusus bagi melakukan usaha menyelamatkan golongan gelandangan di sekitar ibu kota. Menterinya, Tan Sri TPr. Annuar Musa berkata, dana itu termasuk untuk disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tampil membantu melakukan aktiviti untuk golongan tersebut. Katanya,

Berita

500 gelandangan mula bekerja selepas PKP tamat

PUTRAJAYA – Kira-kira 500 gelandangan yang ditempatkan di enam lokasi kuarantin sekitar Kuala Lumpur akan mula bekerja sejurus selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr. Annuar Musa berkata, ia berikutan pihaknya sudah mempunyai persefahaman dengan sebuah syarikat di Selangor yang mana gelandangan terlibat akan

Berita

Kaji sedia bilik kubikel beri keselesaan kepada gelandangan

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang mengkaji untuk membina bilik-bilik kecil atau kubikel di pusat penempatan sementara gelandangan yang diselamatkan bagi memberikan lebih keselesaan kepada golongan tersebut. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr. Annuar Musa berkata, perkara itu dilihat penting kerana mereka memerlukan ruang peribadi terutamanya bagi gelandangan wanita. “Kita melihat keadaan

Berita

510 gelandangan, tiga kanak-kanak ditempatkan di pusat transit

KUALA LUMPUR – Seramai 510 gelandangan termasuk tiga kanak-kanak telah diselamatkan dan ditempatkan di pusat transit dan empat pusat komuniti di sekitar ibu kota sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, selain Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang