
11 kluster baharu COVID-19 dikesan termasuk di pusat dialisis, kenduri kahwin
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 11 lagi kluster baharu COVID-19 hari ini, termasuk melibatkan kluster di sebuah pusat dialisis di Melaka dan penganjuran majlis perkahwinan di Negeri Sembilan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sembilan kluster lain dikesan masing-masing dua di Selangor dan Kuala Lumpur, tiga di