#AMSAS

Berita

Warga APMM disaran jadikan Ramadan medan perbaiki diri

WARGA Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) disaran menjadikan Ramadan sebagai medan memperbaiki diri khususnya dalam melaksanakan tugasan di perairan negara. Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata warga agensi itu perlu meletakkan integriti sebagai tunjang dalam diri terutama ketika melaksanakan tugas yang diamanahkan bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan Zon Maritim Malaysia.