Africa CDC

Berita

Kes COVID-19 di Afrika lepasi 3.31 juta

JUMLAH kes COVID-19 yang disahkan di benua Afrika mencecah 3,310,394 pada Rabu, lapor Agensi Berita Xinhua. Menurut Pusat Pengawasan dan Pencegahan Penyakit Afrika (CDC Afrika), jumlah kematian akibat pandemik di Afrika berjumlah 80,970 orang pada Rabu. Setakat ini, 2,757,548 yang dijangkiti COVID-19 telah pulih di seluruh benua, kata agensi itu.