Berita

Tiga lagi maut akibat jangkitan Covid-19 di negara ini

Gambar hiasan
- Diterbit 23 Mac 2020 10:21 AM MYT

PUTRAJAYA – Tiga lagi dilaporkan maut akibat jangkitan wabak Covid-19 hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian adalah 14 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datu Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian ke-12 merupakan kes 1,114 iaitu lelaki tempatan berumur 70 tahun.

“Dia merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek dan dirawat di Hospital Kluang, Johor sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.

“Kes kematian ke-13 pula merupakan kes ke 1,006 iaitu lelaki tempatan berumur 49 tahun yang merupakan anak kepada kes 1,031 yang dirawat di Hospital Umum Sarawak. Dia juga disahkan meninggal dunia hari ini.

“Kes kematian ke-14 merupakan kes ke 595 yang membabitkan wanita tempatan berumur 51 tahun. Dia merupakan kontak rapat dengan kes positif Covid-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri, Sarawak. Dia juga disahkan meninggal dunia hari ini,” katanya dalam sidang akhbar khas Covid-19 sebentar tadi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas