Berita

“Tidak ada belaskah terhadap arwah ayah”, Ustaz Ahmad Dusuki tegur Alya Iman

- Diterbit 27 April 2023 7:45 AM MYT

PENDAKWAH bebas Ahmad Dusuki Abdul Rani,47, menegur sikap sesetengah artis wanita yang memandang enteng terhadap penjagaan aurat sebagai wanita muslimah.

Terbaru, hangat diperkatakan dalam media sosial ialah pelakon cantik Alya Iman yang memuatnaik gambar tidak lagi berhijab dalam media sosialnya pada 1 Syawal baru-baru ini.

Seperti mana yang dilaporkan media, Alya atau nama sebenarnya, Nur Alya Iman Azmil, 22, memberitahu tindakannya membuka hijab bukanlah perkara baharu dan sudah diketahui lebih awal oleh mereka yang rapat dengannya.

Ustaz Ahmad Dusuki menegur sikap Alya yang seolah-olah melupakan arwah ayahnya pelakon Azmil Mustapha, dan mendakwa membuka hijab kerana tidak mahu hipokrit.

Dalam masa yang sama, teguran itu juga ditujukan kepada mana-mana wanita yang mengejar dunia glamor sehingga sanggup melanggar perintah agama.

“Membuka dan mendedahkan aurat itulah manusia yang hipokrit, mengapa saat kalian ke kubur atau ke mahkamah syariah kalian menutup aurat?

“Mengapa saat kalian menjadi mayat kalian ditutup aurat untuk mengadap Allah? Tetiba (tiba-tiba) sekarang baru menyebut tidak mahu digelar manusia hipokrit?

“Tidakkah Ramadan sepatutnya menjadikan kalian menjadi mukmin bukannya manusia munafik? Tidak ada belaskah dalam dada kalian terhadap arwah ayah kalian yang soleh itu sehingga kalian sanggup melakukan dosa besar ini?

“Sampaikan salam kepada sesiapa sahaja yang terkejar kejar glamour dunia ini, katakan kepada mereka malaikat maut sedang mengejarnya!” Kongsinya yang turut memuatnaik artikel kenyataan Alya Iman dalam hantaran di Instagramnya.

Rata-rata netizen bersetuju dengan teguran Ustaz Ahmad Dusuki dan mendoakan yang terbaik buat Alya.

“Semoga Allah memberi dia dan kita semua hidayah. Ya Allah, ampunilah kami dan umat Islam sama ada yang yang Masih hidup atau sudah ,” kata @addarozali_

“Beruntungbya kita masih mempunyai ustaz ustazah yang kerap mengingati kita akan setiap kekhilafan dan kemungkaran. Terima kasih ustaz,” tulis @thefarrah_signature.

“Alhamdulillah. Masih ada yang sayang dan menegur. Terbaik ustaz,” komen @abbyrachel80

“Ya kesian sungguh arwah bapanya yang menjadi pejuang Islam di akhir hayatnya. Anaknya yang bernama Iman tetapi tidak beriman,” tulis @zal.zalikha.

“Alhamdulillah. Masih ada agamawan yang berani bersuara menegur artis-artis yang kerap menjadi ikutan,” komen @little15stars.

Bukan hanya Alya, keputusan selebriti lain seperti Datin Zizie Izette dan isteri Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea membuka tudung turut menjadi perbualan.

Sempena bulan mulia ini, doakan yang baik-baik buat mereka dan semua umat Islam. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas