Berita

Tiada perbualan antara Annuar Musa dengan Dr Asyraf

GRAFIK yang tersebar berhubung perbualan antara Annuar Musa dan Asyraf Wajdi Dusuki adalah palsu.
- Diterbit 7 Julai 2021 7:27 AM MYT

SETIAUSAHA Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz tampil menafikan wujud perbualan antara Tan Sri TPr Annuar Musa dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengenai sebarang isu seperti yang tular baru-baru ini.

Beliau menegaskan, siaran grafik yang tular itu adalah palsu.

“Tiada sebarang perbualan antara Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Dr Asyraf Wajdi berkaitan perkara, berkaitan topik ini mahupun mengenai perkara-perkara lain. Grafik yang disiarkan adalah palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini tular sebuah grafik dengan paparan wajah Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu dengan kenyataan ‘Dr Asyraf Wajdi – Annuar Musa yang mengatakan kesempitan dan kesusahan rakyat adalah propaganda PKR dan DAP… TSMY masih popular di kalangan rakyat’. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas