Berita

SUKMA 2022: Skuad karate WiPers raih 2 emas, 2 gangsa

SKUAD karate bergambar bersama Timbalan Ketua Kontinjen WiPers, Datuk Parang Abai @ Thomas (depan, kanan).
- Diterbit 15 September 2022 1:25 PM MYT

KECEMERLANGAN kontinjen Wilayah Persekutuan (WiPers) diteruskan apabila berjaya meraih dua lagi pingat emas dan dua gangsa menerusi sukan karate yang diadakan di Dewan Kompleks Sukan, UiTM, Shah Alam, petang tadi.

Selepas Kok Hui Yeng menyumbangkan emas dalam acara 5,000m lumba jalan kaki wanita pagi tadi, di sebelah petang pula giliran Dharishini A/P S Gnanasekaran menghadiahkan kilauan emas kedua menerusi acara kumite individu wanita 50 kilogram (kg).

Dharishini berjaya mengetepikan Selangor untuk mengungguli acara tersebut sementara Kueggen A/L Vijayakumar pula meraih emas dalam acara Kumite Individu Lelaki 60kg setelah menewaskan lawannya dari Johor.

Sementara dua gangsa pula menerusi Avineswaran A/L Gunasekaran dalam acara kumite individu lelaki 55kg dan Vikineswary A/P Arumugam dalam acara kumite individu wanita 55kg yang berjaya menundukkan lawan dari Pulau Pinang.

Secara keseluruhan, kontinjen WiPers berjaya mengumpul empat emas, dua perak dan lima gangsa setakat pukul 7 petang ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas