Selebriti

Siti Nurhaliza nyanyi lagu susu pun sedap

- Diterbit 17 Oktober 2022 7:05 AM MYT

KALAU suara dah sedap, nyanyi lagu apa pun sedap. Begitulah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza,43, yang dipuji ramai apabila menyampaikan lagu tema jenama susu terkenal Farm Fresh, Semuanya Baik dalam program Gegar Vaganza 9.

Siti yang dilantik sebagai duta jenama susu tersebut seronok apabila lagu itu disukai ramai peminatnya.

“Semuanya baik, semuanya baik, di Farm Fresh semuanya baik.

“Lucu bila saya baca komen-komen followers dan peminat saya. Ada yang tak minum susu, hari ni nak minum susu, ada yang kata lagu iklan Farm Fresh ni asyik bermain-main di kepala, macam-macam lagi.

“Walaupun lucu tetapi bagi saya inilah tanda sokongan dan menghargai.

“Perkara-perkara positif ni sebenarnya memberikan aura yang baik untuk kita,” tulis Siti di Instagramnya.

Nama Siti menjadi ‘trending’ di Twitter semalam selepas menjayakan persembahan terbabit.

Adat kehidupan, tidak semua suka apa yang kita lakukan. Begitu juga Siti ada netizen yang beranggapan Siti tidak sesuai menyanyikan lagu tema tersebut kerana statusnya sebagai penghibur nombor satu Malaysia.

Apa-apa pun, bukan mudah untuk dilantik atau diberi kepercayaan menjadi duta. Atas kecemerlangannya dalam industri seni, sikap bekerja keras serta berimej bersih menjadikan Siti sentiasa menjadi rebutan banyak produk yang mahu menjadikannya sebagai duta. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas