Selebriti

Siti Nurhaliza baca berita pun merdu

|SITI Nurhaliza bersama wakil Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).
- Diterbit 22 Disember 2022 1:22 PM MYT

RAMAI yang memuji dan tidak menyangka rupa-rupanya penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berbakat menjadi penyampai berita bagi segmen ramalan cuaca menerusi Berita Wilayah dalam saluran TV1.

Kolaborasi  Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Taruddin,43,  bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sebenarnya bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang keadaan cuaca semasa dan sentiasa menjaga diri ketika berlakunya bencana alam seperti banjir.

SITI Nurhaliza bersama wakil Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Dalam masa yang sama, pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu berharap agar kolaborasinya berkenaan sedikit sebanyak menggalakkan rakyat agar sentiasa peka dengan Keadaan cuaca terkini.

“Alhamdulillah, terima kasih METMalaysia menjemput saya berkolaborasi dengan menyampaikan ramalan dan keadaan cuaca pada 21 Disember 2022 (Rabu).

“Kolaborasi  diharap dapat menggalakkan orang ramai mengikuti keadaan cuaca dan bertindak mengikut nasihat berkaitan risiko bencana seperti banjir, angin kencang dan laut bergelora,” ujar Siti menerusi satu hantaran dalam Instagramnya.

Antara komen netizen dalam media sosial.

“Merduuuuuu je laporan cuaca ari ni,” luah @atifah_othman

“Sedap sangat ni baca berita cuaca,” tulis @ikazulaikhaa

“Sedapnya sore (suara) Tokti, ralit tengok Tokti baca berita cuaca,” kata @suhadazaidi

“Ya Allah sedap pulak tengok berita,” luah @mohdsarul91

“Cakap pun dah macam menyanyi,” tulis @fazirafadzilah

“1st time dengar berita ramalan cuaca sampai habis,” tulis @sulwanizain

“Abah mertua aku paling semangat tengok ramalan kaji cuaca hari ni,” kata @farahhanim3108. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas