Selebriti

Selepas bercerai… Nad Zainal, bekas suami masih berkawan demi anak

- Diterbit 3 September 2022 11:06 PM MYT

SETIAP pasangan suami isteri pasti mahukan perkahwinan mereka berkekalan hingga akhir hayat, namun takdir penentu segalanya.

Begitu juga dengan pelakon Nad Zainal dan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin yang akhirnya bercerai selepas tujuh tahun hidup sebagai suami isteri.

Nad atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin, ibu kepada dua cahaya mata itu mengaku perpisahabnya dengan bekas suami satu keputusan sukar dalam hidupnya.

“Iya, kami sudah bercerai baru-baru ini. Malah keputusan berpisah ini juga dicapai dengan kata sepakat. Kami masih berkawan baik demi dua anak,” katanya yang lebih selesa merahsiakan punca perceraian mereka.

“Cukup dikongsi status saya kini. Saya perlu menjelaskan soal status diri, supaya tidak mengundang fitnah.

“Apa yang lebih utama kini, saya perlu kuat untuk meneruskan survival membesarkan dua anak serta membiasakan status ibu tunggal,” katanya yang bakal muncul dalam drama Cina Buta arahan Shahrulezad Mohameddin.

Nad yang popular dengan drama Fatonah Azali, Hati Yang Tersakiti dan Takdir Yang Tertulis Ini, mendirikan rumah tangga bersama Faliq pada tanggal 18 Disember 2015.

Hasil perkahwinan mereka memiliki dua orang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6 tahun dan Budi Kalsom, setahun. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas