Selebriti

“Saya sudah berikan kerjasama”… Zul Ariffin disiasat susulan video kontroversi

||
- Diterbit 22 Mac 2022 9:54 AM MYT

PELAKON popular, Zul Ariffin disiasat di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia (KMM) 1998 berikutan perkongsian video babak panas yang tular membabitkan dia dengan pelakon baru, Siti Hariesa, baru-baru ini.

Menerusi Instagram story, Zul Ariffin menjelaskan dirinya telah pun memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

“Hari ini, saya sudah memberikan kerjasama penuh kepada pihak SKMM berhubung siasatan berkaitan penerbitan drama bertajuk ‘Perempuan Itu’,” tulisnya.

Sebelum itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan hal tersebut melalui Twitter, pagi, hari ini.

“Proses undang undang berjalan. Pelakon Zul Arifin telah disiasat di bawah Seksyen 233 Akta KMM (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998) kerana ‘posting’ Instagram yang menyalahi undang undang,” tulisnya di Twitter.

Dalam hantaran yang sama, Annuar berkata, adegan seperti yang dipaparkan itu tidak akan dibenarkan untuk tayangan sama ada di bulan Ramadan atau bulan yang lain.

“Jagalah nilai dan budaya,” katanya.

Semalam, Zul tampil membuat permohonan maaf di Instagram Story.

Zul berkata, selepas ini dia akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepadanya untuk dipromosikan di media sosial.

Terdahulu, Zul mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video di Instagram memaparkan beberapa babak panas bersama Siti Hariesa dalam drama terbaharu lakonannya berjudul Perempuan Itu, baru-baru ini. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas