Berita

“Saya Bukan Pusat Kebajikan Masyarakat” – Aliff Syukri Sedia Disaman

|ALIFF sedia disaman oleh pihak Wani
- Diterbit 7 Disember 2020 9:42 AM MYT

JUTAWAN kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Wani Comel sehinggalah pihak gadis yang didakwa dianiya itu memfailkan tindakan saman terhadapnya. 

Dalam pada itu, Aliff akui ada pihak yang cuba menjatuhkan dirinya dan perniagaannya, Alif berkata, dia tidak teragak untuk membawanya ke pihak berkuasa.

“Saya akan membawa perkara ini ke saluran undang-undang, cuma apa tindakannya buat masa ini belum boleh saya kongsi.

“Sementara itu berkenaan sama yang akan dikemukakan mana-mana pihak, saya mengalu-alu saman anda,”katanya.

Aliff, 33, berkata, pihaknya kini sedang menunggu tindakan lanjut serta maklum balas daripada Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim untuk menuntut bayaran pampasan dan bantuan yang dikatakan pernah dijanjikan sebelum ini. 

“Saya tidak ada menjanjikan bulan dan bintang seperti rumah, kereta dan kekayaan yang lain. Dalam perjanjian tersebut, jelas menyatakan pemberian yang akan diberi adalah atas budi bicara yang tertera ditulis di dalam kontrak. 

“Dia bukan keluarga saya, bukan isteri saya dan bukan sesiapa. Cari kerja, sebab ada tangan dan kaki. Perlu diingat, saya bukan pusat kebajikan atau zakat. Saya cuma membantu atas dasar ihsan sesama manusia,” katanya pada sidang media di kediamanya di Kota Damansara di sini sebentar tadi. 

Menurut Aliff, sepanjang mengenali Wani sejak Ogos tahun lalu, dia telah berhabis hingga ratusan ribu ringgit merangkumi kos pembedahan pembedahan bariatrik, tempat tinggal , bayaran jurulatih peribadi, pakar pemakanan, tukang masak dan segalanya. 

ALIFF sedia disaman oleh pihak Wani

Jelasnya lagi, semasa dalam tempoh jagaan di bawahnya, Wani didapati ada curi-curi membeli makanan dari luar tanpa pengetahuan dan kebenaran pakar pemakanan yang dilantik. 

Dalam masa yang sama,  dakwaan Wani yang mengatakan rekod kesihatannya dipegang dan tidak  diberikan kepadanya, Aliff menyangkal dakwaan tersebut dan menyatakan ia boleh diambil secara sendiri di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Saya tidak mahu bergaduh dengan siapa-siapa. Terang-terang Wani cuba menjatuhkan perniagaan dan imej saya sebagai usahawan.

“Saya sedar orang ramai tidak menyukai perangai saya dan percaya masih ramai segerombolan manusia lain yang cuba menjatuhkan saya,” katanya. 

Terdahulu, Wani Comel pada Jumaat lalu membuat sidang akhbar mendakwa dirinya dianiaya dan ditipu Aliff selain menafikan haknya sebagai duta produk pelansingan milik usahawan terkenal itu.

Terdahulu Wani Comel membuat sidang akhbar mendakwa dirinya dianaiya Alif selain turut dinafikan haknya sebagai duta produk milik usahawan itu.

Wani juga mendakwa dirinya seperti ditipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas