Berita

Sarawak bantu pelajar Bayar baki pinjaman PTPTN

- Diterbit 16 Mac 2021 2:29 AM MYT

LANGKAH prihatin diambil oleh kerajaan Sarawak membantu anak-anak kelahiran negeri membayar 30 peratus daripada baki pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), merupakan satu usaha proaktif yang wajar dicontohi.

PTPTN dalam kenyataan berkata, inisiatif diambil atas dasar keprihatinan kerajaan negeri itu untuk membantu 9,000 peminjam yang telah membayar sekurang-kurangnya 30 peratus daripada keseluruhan pinjaman pendidikan masing-masing.

Kata kenyataan itu langkah dilaksana melibatkan peruntukan RM30 juta, diurus Yayasan Sarawak membolehkan beribu-ribu pelajar anak Sarawak menikmati penyelesaian pembayaran hingga 30 peratus daripada baki pinjaman PTPTN masing-masing.

PTPTN juga katanya, merakamkan penghargaan terima kasih atas inisiatif diambil Kerajaan Negeri Sarawak yang proaktif dan menjadi satu-satunya Kerajaan Negeri yang telah merealisasikannya.

“Peruntukkan sebanyak RM30 juta ini merupakan amaun cukup besar dalam usaha Kerajaan Negeri memastikan peminjam PTPTN di dalam kalangan anak Sarawak bebas daripada belenggu hutang.

“Inisiatif sebegini wajar dicontohi serta dijadikan ikutan oleh Kerajaan Negeri yang lain membantu rakyat khususnya pelajar membayar baki hutang pinjaman PTPTN, sebagai antara tumpuan dalam perancangan Belanjawan Negeri untuk manfaat rakyat,” kata kenyataan Isnin.

Untuk maklumat lanjut, para peminjam juga boleh menghubungi Careline PTPTN di 03 – 2193 3000 beroperasi Isnin hingga Jumaat (9pagi – 5petang) atau melalui Soalan Lazim di Portal PTPTN.

Menurut kenyataan sama, pendekatan menerusi keadah tersebut bersesuaian dengan senario kini yang dihadapi rakyat akibat kesan dari penularan pandemik COVID-19.

PTPTN juga kata kenyataan itu, sentiasa terbuka dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana kerajaan Negeri yang berhasrat merealisasikan inisiatif sebegini dalam memastikan kebajikan para peminjam terpelihara. – SYAHIDI BAKAR -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas