Berita

“Doa ibu kuasa luar biasa” – Zoey Rahman

Azizah Ibrahim
- Diterbit 15 Mac 2021 10:00 PM MYT

Bagi Pelakon dan pengacara, Zoey Rahman ibunya Azizah Ibrahim,64, adalah wanita paling agung hidupnya.

Sempena Hari Wanita 2021 yang disambut pada 8 Mac lalu, Zoey yang juga pengasas produk Mika Series berharap semua orang menghargai ibu yang sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan dan membesarkan kita.

“Alhamdulillah.. Kejayaan saya sebagai usahawan adalah tidak lain iaitu doa seorang ibu. Bagi saya, doa ibu adalah kuasa luar biasa yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Tanpa doa ibu, hidup saya pun tidak ke mana.

“Menyentuh tentang cabaran hidup, seorang ibu sanggup menempuh apa sahaja cabaran demi kebahagiaan anak-anak. Saya pun tidak ada ayat atau perkataan yang sesuai untuk menterjemahkan betapa hebatnya pengorbanan seorang ibu.

ZOEY bersama ibunya, Azizah Ibrahim

“Ibu sering mengingatkan saya agar menjaga solat. Alhamdulillah, berkat doa ibu bapa, saya berjaya  dalam perniagaan. Mereka berdoa siang dan malam untuk saya,” luah Zoey yang menjadi inspirasi ramai apabila menghadiahkan sebuah kondominium bernilai kira-kira RM500,000 kepada ibu bapa bagi membalas jasa mereka. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas